Ottawa – Sebuah kedai runcit di sebuah pulau terpencil di Kanada ‘dibanjiri’ ribuan surat permohonan pekerjaan setelah pemilik premis perniagaan itu memberikan tawaran istimewa.
Tawaran unik itu adalah tanah seluas satu hektar bagi sesiapa bersedia pindah untuk bekerja di Pulau Cape Breton, Nova Scotia yang terletak kira-kira 1,606 kilometer dari ibu kota Ottawa atau 15 jam pemanduan dengan kereta.
Sebelumnya, pemilik kedai tersebut, The Farmer’s Daughter Country Market di perkampungan Whycocomagh terpaksa mengiklankan kekosongan jawatan sebagai petugas premis itu menerusi laman sosial Facebook.
Dalam iklan perjawatan tersebut, pemiliknya secara jujur memaklumkan bahawa dia tidak mampu menawarkan gaji besar tetapi hanya dapat memberikan sebidang tanah miliknya yang tidak pernah digunakan di pulau berkenaan.
Iklan nadir tersebut yang setakat ini berjaya menarik minat setidak-tidaknya 3,500 orang itu juga menjelaskan bahawa, pemiliknya pernah mengambil penduduk tempatan tetapi memerlukan beberapa orang staf lagi.
Malahan pemilik kedai itu menawarkan sebidang tanah dengan luas hampir satu hektar untuk diduduki dan bakal langsung menjadi hak milik jika seseorang petugasnya sanggup bekerja minimum lima tahun di tempat tersebut.
“Kami adalah operator bisnis yang sudah mapan di pusat bandar ‘jantung’ Cape Breton, bahkan memiliki banyak kekosongan jawatan, tanah dan potensi, tetapi kekurangan orang pula,” demikian isi iklan berkenaan.
“Kami tidak dapat beri gaji besar tetapi menawarkan kehidupan luar biasa. Kami cari pencinta suasana sekitar, jadi sebahagian komuniti dan bekerja tidak hanya sebagai staf tetapi kembangkan sesuatu dibanggakan,” jelas iklan itu.
Bagaimanapun minggu lalu, pemilik kedai, Sandee Maclean dan Heather Coulombe, menyatakan telah menerima tiga orang calon perempuan yang akan diambil bekerja, menurut laporan stesen televisyen tempatan. CTV News.
Ini bukan kali pertama Pulau Cape Breton yang berpenduduk hanya 135,000 orang terpaksa memasang iklan kekosongan jawatan dengan tawaran pelik untuk memujuk orang luar agar berpindah ke tempat tersebut.
Pada Februari lalu, ketua badan pelancongan Cape Breton, Mary Tulle mengundang warga Amerika Syarikat yang bimbang kemungkinan Donald Trump menjadi presiden untuk pindah ke pulau bersempadan dengan jirannya itu.
“Jangan tunggu sampai Trump berjaya terpilih menjadi presiden negara anda pada hujung tahun ini untuk anda tergesa-gesa pula mencari tempat tinggal yang baharu selepas itu,” demikian kata promosi iklan pulau tersebut
“Mulai hidup di Cape Breton, tempat semua wanita hamil dapat melakukan pengguguran bayi, warga Muslim bebas beraktiviti dan satu-satunya tembok sempadan adalah rumah kita,” tambah iklan itu.
0 comments:
Post a Comment