Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 22, 2016

[JERANTUT] 21 RIBU BENIH IKAN DILEPAS DI SUNGAI SAT




22.9.2016 - YH Dato’ Adnan Husin, Pengarah Perikanan Negeri Pahang mengetuai rombongan Jabatan Perikanan Negeri mengadakan lawatan kerja ke Kg. Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut.

Tujuan utamanya adalah untuk menilai stok semasa sumber ikan asli serta mengenalpasti species dominan di Sungai Sat. Dalam masa sama beliau bersama-sama penduduk tempatan dan pelajar-pelajar turut melepaskan sebanyak 21 ribu benih ikan yang terdiri dari 15 ribu ikan lampam, 5 ribu ikan baung dan 1 ribu benih ikan kelah.

Menurut beliau, ikan itu sendiri bukanlah jadi hasil utama penduduk tempatan namun yang diharapkan adalah ianya akan jadi sumber tarikan kepada pelancong dan penduduk akan mendapat manafaat darinya sama ada secara langsung dan secara tidak langsung.

Beliau juga berharap agar ikan-ikan ini akan dapat membesar dengan jagaan dan kawalan penduduk tempatan dan yakin akan kerjasama penduduk dalam pemuliharaan species-species ikan di sungai berkenaan.

Selain itu, penduduk kampong juga diberikan sebuah rumah rakit untuk tujuan memudahkan kawalan dan pemantauan.



0 comments:

share2