Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 10, 2016

GURU TADIKA PERLU RM10,000 RAWAT KANSER


Guru tadika perlu RM10,000 rawat kanser


Kuala Ketil - Seorang guru tadika pasti yang mengidap kanser kelenjar air liur tahap empat memerlukan bantuan RM 10,000 bagi menampung kos rawatan kemoterapi, Selasa depan.

Nor Azilatul Adilah Ibrahim, 24, berkata, dia disahkan mengalami kanser berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di hospital di Sungai Petani, Julai lalu.

Menurutnya, sakit dirasai di pipi bahagian kiri sebelum melakukan pemeriksaan pada mulanya hanya dianggap sakit biasa.

“Saya ingat sakit itu hanya disebabkan gusi yang bengkak, tetapi selepas mengadakan pemeriksaan doktor sahkan saya mengidap kanser kelenjar air liur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Kampung Paya Besar di sini, hari ini.

Nor Azilatul berkata, pihak hospital kemudian menyarannya melakukan pembedahan, tetapi perkara itu tidak dipersetujui keluarga.

“Doktor maklum bahagian rahang saya perlu dibuang, keluarga tidak bersetuju, bagi mereka biarlah guna kaedah lain,” katanya.

Seminggu selepas itu katanya, keadaan fizikal wajahnya berubah selepas bahagian pipi kiri semakin membengkak.

Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu dia mendapatkan rawatan di sebuah hopital swasta sebelum disahkan kansernya disahkan merebak ke tahap empat.

“Pihak hospital swasta tersebut menawarkan tiga kaedah untuk dijalankan iaitu radioterapi, kemoterapi dan pembedahan.

“Atas perbincangan keluarga, kami memilih untuk mengadakan rawatan secara kimoterapi, bagaimanapun kos diperlukan bagi rawatan itu dianggarkan pihak hospital dalam RM10,000,” katanya.

Nor Azilatul yang hampir tiga tahun mengajar di Tadika Pasti Zhilalul Akhyar, Kampung Tembak dengan bayaran bulanan sebanyak RM300 akhirnya mengambil keputusan bercuti tanpa gaji sejak hujung Ogos lalu.

Kini, pendapatan keluarga ditanggung sepenuhnya oleh suami, Abdul Baqi Che Dun, 31, yang berkhidmat sebagai guru Kafa dengan gaji kurang dari RM1000 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh disalurkan ke Maybank di nombor akaun 152040464937 di atas nama Ibrahim Che Mud atau hubungi keluarga ini di talian 013-4093489 atau 013-4413684.


0 comments:

share2