Kuala Lumpur - Sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, bas yang membawa 44 penumpang itu dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong sebelum terbabas di lokasi kejadian.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.37 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Taman Desa dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian
"Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Serdang," katanya.
0 comments:
Post a Comment