Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 17, 2016

PENGUSAHA TEKSI DI NEW YORK DIBERI AMARAN


Pengusaha teksi di New York diberi amaran


New York - Pengusaha yang membiayai perniagaan ikonik teksi kuning di New York memberi amaran kekurangan modal akibat bersaing dengan aplikasi tempahan kereta seperti Uber yang sedang berleluasa, lapor Financial Times.

Kerugian teksi dikatakan semakin meningkat di Kesatuan Kredit Melrose hingga menyebabkan Kesatuan Pengurusan Kredit Nasional menuntut langkah memulihkan keadaan itu segera.

Menurut pihak kesatuan, entiti seperti Uber mampu mengancam bukan sahaja industri teksi namun turut membabitkan bank dan badan yang bekerjasama untuk membiayainya.

Dalam situasi hari ini, pemberi pinjaman terpaksa menstruktur kembali pinjaman susulan hasil yang semakin merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Persaingan sengit itu menyebabkan nilai ‘medallions taxi’ itu jatuh lebih RM1.9 juta berbanding tiga tahun lalu.

Di New York, teksi berwarna kuning dipanggil ‘medallions taxi’ itu menjadi ikon bandar tersebut dengan lebih 50,000 pemandu berdaftar.


0 comments:

share2