Pasti anda setujukan?? Melihat rumah papan ini hati rasa tenang dan sejuk mata memandang. Boleh di katakan ini antara rumah papan yang cantik dan menarik. Itu baru tengok luarnya belum lagi tengok dalamnya. Anda pasti kagum dan terpersona. Berikut 5 fakta menarik tentang rumah papan ini.
1.Pemiliknya Dzul Asri dan isteri mengambil masa tiga bulan untuk ubah suai rumah impian mereka yang terletak di Tuaran Sabah ini. Prosesnya bermula pada bulan januari dan ini lah hasilnya setelah tiga bulan.
2. Rumah dua bilik ini di bina atas tanah pemberian orang tua. Kebetulan orang tua pemilik juga tinggal berdekatan dengan rumah mereka.
3.Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa kos untuk mengubah suai rumah sebegini. Menariknya kosnya hanya di antara 25 hingga ke 30 ribu sahaja termasuk upah tukang, balcony, tangga, bumbung balcony, cat, railing, tiles dan dinding. Kos tersebut tidak termasuk perabot.
4.Apabila di tanya tentang idea menghasilkan rumah papan ini menurut pemilik kebanyakkan idea diperolehi ketika melancong. Kebetulan pemilik dan isteri memang gemar melancong. Jadi tidak hairanlah kan apabila interior dalaman rumah papan ini banyak di pengaruhi elemen Inggeris. Daripada segi pemilihan perabot pemilik memilih "all white & minimalist"
5. Rumah papan ini di bina dan di hias secara peringkat demi peringkat. Pemilik masih sedang dalam proses ubah suai dan menambah baik apa yang perlu.
Ternyata , rumah papan ini mampu jadi inspirasi buat anda yang mempunyai tanah. Tidak semestinya perlu bina rumah batu besar-besar dan bertingkat. Rumah papan juga mampu tampil memukau dan menarik. Jadi selepas ini jangan lagi ada yang kata rumah papan tidak boleh tampil bergaya. Selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan.
0 comments:
Post a Comment