Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 16, 2016

PRASARANA SENTIASA TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN LRT


LRT


Prasarana Malaysia Berhad sentiasa menambah baik kemudahan di semua stesen LRT untuk laluan Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong dari semasa ke semasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, segala kemudahan di stesen LRT masih dalam waranti.

“Benda baharu pasti ada sedikit kekurangan, seperti baru masuk rumah baharu, sekali cuci pasti ada sedikit lagi habuk, begitulah selalunya.

“Oleh itu, jika ada kerosakan atau aduan, kami akan tambah baik dari semasa ke semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau juga turut menafikan kemudahan di stesen LRT laluan baharu itu dihentikan operasinya lebih awal sebelum jam 12 malam seperti yang menjadi viral di laman sosial.

"Semua stesen dan kemudahan yang disediakan beroperasi sama dengan perkhidmatan LRT lain iaitu perkhidmatan terakhir pada jam 12 malam.

“Selain itu, kemudahan seperti eskalator pula secara automatik iaitu hanya akan berfungsi apabila ada pengguna yang melaluinya,” katanya. Jelasnya, kemungkinan kemudahan yang tersedia tidak dapat digunakan kerana adapihak yang tersalah menekan butang sehingga kemudahan itu tidak berfungsi.

Mengulas mengenai perkembangan pengguna ke laluanbaharu itu, katanya, semakin hari jumlah penumpang semakin meningkat.

“Paling ketara ketika awal hari raya lalu, ketika saya menggunakan LRT bersama kakitangan Prasarana, gerabak memang penuh dengan penumpang.

“Mungkin ramai yang ambil peluang mencuba perkhidmatan tersebut di samping bersiar untuk ke ibu kota,” katanya.


0 comments:

share2