Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 20, 2016

METMALAYSIA NAFI AMARAN TSUNAMI


Image result for datuk wilfred madius tangau


SHAH ALAM - Jabatan ‎Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menafikan pihaknya, mengeluarkan kenyataan amaran Tsunami di Pulau Pinang dan Kedah serta di pantai timur Sabah melibatkan amaran ribut kuat di Labuan, Sabah dan amaran banjir besar di Pahang.

‎Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, oleh itu orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin yang tersebar di media-media sosial dan aplikasi WhatsApp berkaitan maklumat tersebut.

"Orang awam dari masa ke masa dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my, aplikasi mobil MyCuaca, Facebook: MalaysiaMet, Twitter: @malaysianmet atau MetMalaysia Hotline di talian 130022 1Met (1638)," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada ujarnya lagi, keadaan cuaca lembap yang dialami pada masa sekarang terutamanya di bahagian Utara Semenanjung dijangka beransur kurang mulai hari ini (Rabu,20 Julai 2016).

"Hujan di beberapa tempat masih boleh berlaku di seluruh negara terutama pada lewat petang dan senja selepas tarikh tersebut," katanya.

Sebelum ini, tersebar di media sosial berkenaan amaran tsunami yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.




0 comments:

share2