Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 15, 2016

IMARAH SURAU SEBAGAI PLATFORM DAKWAH


Imarah surau sebagai platform dakwah


Surau pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Seksyen 13, Shah Alam dan surau pejabat Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di Selayang telah dikunjungi kru Sinar Harian dalam misi mengimarahkan surau sempena program Sinar Imarah Surau pada 21 dan 24 Jun lalu.

Program Sinar Imarah Surau berfungsi sebagai platform dakwah akhbar Sinar Harian dengan misinya membersihkan jiwa dan minda tercapai apabila mendapat sambutan memberangsangkan dalam kalangan masyarakat.

Pengurus Besar Dakwah dan Syariah, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Adibah Abd Wahab berkata, penganjuran program begitu bermanfaat kepada seluruh kakitangan LZS memandangkan pengisian kerohaniannya yang menyentuh topik semasa dengan membawakan penceramah terkenal.

"Dalam sesi penyampaian tazkirah, peserta dilihat mengajukan pelbagai persoalan kepada penceramah sehingga ada sesetengah soalan yang diutarakan itu menyentuh luar topik perbincangan.

"Namun, situasi ini mewujudkan suasana pembelajaran tanpa sedar dan program yang melibatkan kerjasama dua pihak ini sangat berjaya kerana kehadiran peserta bertambah dan dari situ dapat dilihat satu kemeriahan yang luar biasa," katanya.

Beliau berharap usaha ini berterusan dan dapat dilaksanakan di institusi-institusi lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif satu MPM, Mohd Fauzi Mohd Kassim berkata, program Sinar Imarah Surau ini julung kali diadakan oleh pihak akhbar dengan badan kerajaan dan ia adalah satu idea dan satu inovasi yang baik.

Beliau berharap dapat bekerjasama lagi dengan akhbar Sinar Harian dalam program yang akan datang bagi merapatkan silaturahim antara pihak akhbar dan kakitangan MPM.


0 comments:

share2