Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 17, 2016

'ELOKLAH SAIFUDDIN KELUAR PARTI', - SYED ALI

Image result for SAIFUDDIN ABDULLAH


SHAH ALAM - Tindakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR tidak mengejutkan susulan nada politik beliau disifatkan seirama dengan pemimpin pembangkang.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, bekas Ahli Parlimen Temerloh itu bukan ‘jaguh Umno’ yang perlu diratapi apabila bertindak keluar parti.

“Lompat parti sudah menjadi kebiasaan dalam arena politik di Malaysia apabila seseorang gagal memuaskan agenda peribadinya atau tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.

“Tidak ada apa yang mengejutkan, selama ini pun nada politik beliau seirama dengan pemimpin pembangkang terutama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya melalui tulisan di blog Umno Cheras.

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diumumkan menyertai PKR oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Khamis lalu.

Menurut Syed Ali, keputusan Saifuddin meninggalkan Umno merupakan yang terbaik bagi mengelakkan lebih banyak masalah timbul.

“Isu Saifuddin tidak sebesar mana. Lagi pun selama berada dalam Umno, dia menjadi liabiliti kepada parti.

“Eloklah dia keluar parti, lagi lama lagi banyak masalah. Umno tidak merasa kerugian atau satu kehilangan besar dengan tindakan Saifuddin,” katanya.




0 comments:

share2