Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 15, 2016

TIPU GUNA WANG KERTAS MONOPOLY


wang kertas monopoly


Bristol - Satu kumpulan menggunakan wang kertas monopoly untuk menipu peniaga barang kemas sebagai sebahagian £7juta (RM40.6 juta) dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun.

Wang tunai palsu itu diapit bersama wang kertas Euro sebenar dalam timbunan wang dan perkataaan 'Monopoly' dilindungi oleh kertas yang diikat bersama.

Hakim Mahkamah di Bristol, Julian Lambert berkata, penipuan dikendalikan memerlukan ahli kumpulan mewujudkan keyakinan mangsa supaya ia berfikir anda boleh dipercayai.

"Anda beroperasi sebagai kumpulan jenayah menggunakan peninjau dan perancangan teliti yang memerlukan kebijaksaaan dan usaha untuk mewujudakan pengakhiran yang tidak jujur.

Dalam penipuan tunggal terbesar, tukang emas John Calleija yang mempunyai kedai di Royal Arcade, Old Bond Street, London telah ditipu sebanyak £6.1juta. (RM35.41 juta)

Memetik The gurdian.com, ahli kumpulan Gianni Accamo, menyamar sebagai seorang pakar permata memeriksa stok batu permata dan perjanjian dijalankan di Hotel Covent Garden.

Calleija dan pengawal peribadi yang kemudiannya menggunakan mesin kiraan tunai mengira wang tulen, yang berjumlah hampir €8 juta.

Namun apabila pasangan itu beralih ke belakang untuk meletakkan mesin berkenaan, mereka menukar wang Euro asli dengan yang palsu.

Batu permata itu kemudian diambil dari kedai Calleija dan selepas kumpulan itu berlalu barulah dia mengetahui dirinya telah ditipu.

Accamo, 44, Dusica Nikolic, 45, Dragoslav Djordjevic, 44, Juliano Nikolic, 26, dan Bruno Nikolic, 27 masing-masing dijatuhkan hukuman penjara.

Accamo dijatuhi hukuman penjara 6 tahun, Djordjevic dari Nottingham dipenjara 7 tahun dan empat bulan anak Djordjevic, Juliano Nikolic dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan empat bulan.

Abangnya Bruno dijatuhi hukuman penjara 22 bulan manakala Dusica Nikolic juga dari Nottingham, dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah.


0 comments:

share2