Bintang rock, AXL Rose mahu Google membuang gambarnya yang diubah menjadi 'meme' atau bahan lawak dari internet.
Menurut laporan Dailymail, gambar asal penyanyi kumpulan Guns N' Roses ditangkap oleh Boris Minkevich dari Winnipeg Free Press ketika konsert kumpulan tersebut pada tahun 2010 di Kanada.
AXL juka mengupah organisasi Web Sheriff untuk mengeluarkan DMCA (Digital Millennium Copyright Act) untuk membuang satu persatu gambar tersebut di laman maya.
Web Sheriff pula mendakwa Boris tidak berhak untuk memuatnaik gambar berkenaan kerana sudah menandatangi perjanjian sebelum konsert.
Boris mengaku terlupa sama ada beliau ada menandatangi perjanjian sebelum konsert Guns N' Roses pada tahun 2010.
"Gambar tersebut dicuri dari laman saya dan tanpa kebenaran Winnipeg Free Press," kata Boris mempertahankan diri.
0 comments:
Post a Comment