Georgetown - Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang berdoa selepas selesai solat Asar di Surau Ar Rahman, Gat Lebuh Macallum di sini pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, menurut maklumat orang awam yang berada di surau berkenaan, mangsa Hajjee Mohamed Abdul Lathiff, 58 berasal dari India dan tinggal seorang diri di Flat Sri Saujana berdekatan surau berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai jurujual di Bukit Mertajam itu mempunyai adik kandung dipercayai tinggal di Alor Setar namun sudah lama terputus hubungan.
"Rakan-rakannya sedang menjejaki adik kandung mangsa untuk memaklumkan perkara terbabit. Mangsa menyewa sendirian di sini manakala isterinya masih di India. Mangsa disahkan tidak bernyawa selepas selesai solat Asar ketika sedang berdoa.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Keputusan bedah siasat mendapati, mangsa disahkan meninggal dunia kerana komplikasi darah tinggi. Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini. Kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya.
0 comments:
Post a Comment