Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 20, 2016

MENANG PRK: MAJIB MAMPU TERAJUI


Najib Tun Razak


Putrajaya - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih daripada mampu untuk mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, kemenangan besar dalam kedua-dua PRK itu membuktikan adalah salah dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya BN akan kalah di bawah kepimpinan Najib.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Kempen anti-Najib Tun Mahathir telah gagal dan pembangkang berpecah dan tidak keruan serta dilihat tidak berupaya untuk mentadbir sebuah kerjaan.

"Rakyat mempercayai BN di bawah kepimpinan perdana menteri untuk menyediakan pembangunan ekonomi dan jaminan keselamatan," katanya

Abdul Rahman berkata, rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menentang sebarang cubaan untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik.

Abdul Rahman berkata, Tun Dr Mahathir harus menerima kehendak demokrasi rakyat, walaupun ia tidak selari dengan kepentingan peribadinya.

"Adalah lebih baik beliau bersara awal daripada terpaksa menanggung malu lagi," katanya.

Datin Mastura Mohd Yazid memperoleh 12,653 undi untuk mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar bagi BN dengan majoriti undi 6,969, mengalahkan Dr Najihatussalehah Ahmad daripada Pas (5,684 undi), Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Amanah (4,883) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).

Mastura merupakan balu kepada Anggota Parlimen, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei.

Tan Sri Noriah Kasnon, yang merupakan MP Sungai Besar, turut terbunuh dalam insiden itu yang memerlukan PRK turut dadakan di Sungai Besar.

PRK itu dimenangi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi yang mendapat 16,800 undi untuk mencatatkan rekod tertinggi majoritinya sebanyak 9,191-undi. Beliau mengalahkan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah yang mendapat 7,609 undi dan Dr Abdul Rani Osman (Pas) yang mendapat 6,902 undi.


0 comments:

share2