Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

[LIPIS] JUAL IKAN SAMBIL DIALISIS DMI WANG


Jual ikan sambil dialisis demi wang


“Dah lima tahun pakcik hidap sakit buah pinggang kronik dan sejak itu pakcik tak boleh buat kerja berat,” kata Kamaruzaman Ismail, 54, menceritakan penderitaan hidup yang dihadapinya.

Menurutnya, akibat penyakit itu, isterinya, Che Som Che Mat, 44, terpaksa menoreh getah milik penduduk kampung untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Kadang-kadang ada kawan datang ke rumah untuk jual ikan secara borong kepada pakcik.

“Ikan-ikan itu pakcik akan bawa ke Hospital Lipis untuk dijual pada staf hospital masa pakcik dapatkan rawatan cuci darah (dialisis),” katanya.

Kamarudzaman ditemui sempena lawatan dan penyampaian bantuan Jejak Ramadan Kelab Sukan dan Kebajikan (Kesukma) Majlis Daerah Lipis (MDL) di Kampung Atong, Jerangsang di sini, kelmarin.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan kelengkapan tidur disampaikan Setiausaha MDL, Mohd Pauzi Abu Hussaini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Tanjung Besar, Ahmad Tarmizi Mohammed Yatim.

Kamarudzaman berkata, melalui pendapatan mereka suami isteri kira-kira RM450 sebulan, ia masih tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mereka seharian.

Menurutnya, ini ditambah dengan perbelanjaan tiga dari tujuh anaknya yang masih bersekolah.

“Walaupun pakcik ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan tapi ia masih tak cukup kerana kos sara hidup semakin meningkat sekarang,” katanya.


0 comments:

share2