Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 11, 2016

KANAK-KANAK MASUK ICU KERANA DIJANGKITI VIRUS JE


nyamuk


Seremban – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dekat sini, 20 Mei lalu, selepas disyaki dijangkiti virus Japanese Encephalitis(JE) sekali gus menjadikan tiga kes setakat ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Abdul Rahim Abdullah berkata, Kanak-kanak lelaki terbabit yang tinggal di Kuala Pilah pada mulanya dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, 18 Mei lalu sebelum dipindahkan ke HTJ.

“Dia dirujuk ke HTJ kerana jangkitan bertambah kritikal. Timbul andaian yang mengatakan mangsa dijangkiti virus Nipah adalah tidak benar kerana ujian darah dan siasatan menunjukkan tiada kaitan dengan virus itu.

“Bagaimanapun kita masih dalam siasatan bagaimana wabak itu boleh berlaku dan adakah nyamuk pembawanya,” katanya.

Abdul Rahim berkata, dua lagi kes turut melibatkan kanak-kanak iaitu satu di daerah Kuala Pilah dan satu lagi di Jelebu, namun tiada kematian dilaporkan.

Menurutnya, kebanyakan jangkitan hanya menunjukkan simptom seperti sedikit demam dan sakit kepala atau tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara.

Bagaimanapun beliau berkata, satu daripada 250 jangkitan boleh berakhir dengan jangkitan yang teruk seperti demam yang tinggi, kekejangan tengkok, disorientasi, koma, kekejangan tubuh, lumpuh sehingga boleh membawa kepada kematian.

“Jangkitan boleh berlaku pada semua peringkat umur tetapi risiko lebih tinggi pada kanak2 kerana orang dewasa telah mempunyai imuniti terhadap jangkitan tersebut.

“Tiada rawatan spesifik untuk JE melainkan rawatan untuk atasi kurangkan tanda klinikal yang teruk dan membantu pesakit atasi jangkitan dialami,”katanya.

Sementara itu Abdul Rahim berkata, kali terakhir kes itu dilaporkan di negeri ini pada tahun 2014, yang melibatkan tiga kes dengan satu kematian di daerah Seremban.


0 comments:

share2