Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

JURUTEKNIK KAPAL TERBANG DITUDUH GALAKKAN KEAHLIAN IS


Juruteknik kapal terbang dituduh galakkan keahlian IS


Shah Alam - Seorang Juruteknik kapal terbang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tuduhan menggalakkan keahlian kumpulan militan IS dan membenarkan perjumpaan di kediamannya, tiga tahun lalu.

Nor Hafizy Che Meh hanya faham terhadap pertuduhannya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Nor Hafizy, 39, didakwa dengan pengetahuannya menggalakkan keahlian kumpulan pengganas berkenaan.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kediaman itu membenarkan perjumpaan diadakan dirumahnya bagi melakukan kesalahan tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, dekat sini antara Disember 2013 hingga Oktober 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130G(b) dan 130H Kanun Keseksaan.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Roslan Mat Nor yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya tidak mencadangkan jaminan atas alasan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak boleh dijamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.

0 comments:

share2