Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 17, 2016

JUADAH RAMADAN DENGAN BAYARAN SEIKHLAS HATI, BIAR BETUL?


Juadah Ramadan Dengan Bayaran Seikhlas Hati, Biar Betul?


Sering kali diviralkan di media sosial berkenaan dengan peniaga yang cuba mengaut keuntungan lebih ketika berniaga di bazar Ramadan menjadi topik hangat netizen.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki, Ammar Rahimi Anwar ternyata menepis dakwaan itu bahawa semua peniaga suka mengambil kesempatan terhadap pelanggan mereka.

Ia berkaitan seorang peniaga di bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang tidak masuk akal iaitu hanya mengenakan bayaran seikhlas hati atau lebih tepat lagi ikut suka hati pelanggannya mahu membayar berapa terhadap lauk pauk yang dibeli.

Menarik bukan? Jarang peniaga yang sanggup berbuat sedemikian. Jom ikuti kisah yang dikongsikan.

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya (KJ), aku sahaja pergi jalan dekat Bazar Ramadan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.

Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang. Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya,

“Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgit ke, terpulang.” Tercengang semua yang ada kat situ.

Pastu mamat tu tanya lagi, “Boleh ke pak cik?”

“Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah,” sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.

Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka.

Peniaga yang dimaksudkan ialah seorang lelaki memakai baju berwarna putih, bertopi hitam.


0 comments:

share2