Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 18, 2016

JARI TELUNJUK TERSEPIT SPANAR


Jari telunjuk tersepit spanar


Kulim - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila gagal menanggalkan spanar yang tersekat pada jari telunjuknya ketika membaiki basikal miliknya, di laman rumahnya, di Taman Nilam Baiduri, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia sembilan tahun dikatakan cuba membaiki basikalnya dengan menggunakan spanar sekitar 6.00 pagi, selepas bersahur bersama ahli keluarganya 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata, bagaimanapun, secara tidak sengaja mangsa memasukkan jari telunjuknya ke bahagian hujung spanar dan panik apabila gagal menariknya keluar.

“Kedua ibu bapanya cuba berkali-kali mengeluarkan jari anaknya yang tersepit pada spanar, dengan menggunakan minyak zaitun, namun gagal sehingga menyebabkan jarinya membengkak dan kemerahan,” katanya. 

Menurutnya, ibu bapa mangsa kemudian terus membawanya ke Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech yang terletak kira-kira lima kilometer daripada rumah mereka dan tiba pada 10.05 minit.

“Tiga anggota terlibat berjaya tanggalkan spanar dengan menggunakan alat pemotong cincin (grinder) dalam masa tiga minit. Jari mangsa tidak cedera, malah mangsa tersenyum sebaik spanar itu berjaya dipotong,” katanya. 

Mohd Azizi berkata, mangsa tenang ketika kerja-kerja memotong spanar dilakukan, di mana salah seorang anggota bertindak sebagai kaunselor untuk menarik perhatian mangsa. 

“Ibu bapa mangsa mengambil langkah tepat dengan membawa mangsa ke balai bomba, kerana kes sebegini tidak diuruskan di hospital. Saya ingin menasihatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak dan jika berlaku kes sebegini, segera bawanya ke balai bomba,” katanya. 

Menurutnya, ibu bapa juga perlu elak memutar jari anak yang tersepit kerana cubaan berkali-kali boleh mendatangkan kecederaan serius, seperti patah tulang jari.

Sumber

0 comments:

share2