SUNGAI BESAR - Kerusi Parlimen Sungai Besar kekal kepada BN selepas calonnya, Budiman Mohd Zohdi diumumkan memenangi PRK Sungai Besar.
Dalam pertembungan yang melibatkan tiga penjuru itu, Budiman berjaya menumpaskan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Ab Shukur dan calonl Pas, Dr Abdul Rani Othman.
Keputusan PRK Sungai Besar diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sungai Besar, Mohd Khairuddin Md Som di Pusat pengiraan Undi Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada jam 10 malam.
BN menang majoriti besar sebanyak 9,191 apabila Budiman meraih undi sebanyak 16,800, Azhar Ab Shukur sebanyak 7,609 dan Abdul Rani Othman sekadar mendapat 6,902 undi.
Tidak ada parti yang kehilangan wang deposit dalam pertandingan.
Bagaimanapun, hanya Budiman sahaja yang kelihatan berada di atas pentas bersama isterinya, Norma Aida Abdullah ketika keputusan diumumkan, manakala Azhar dan Abdul Rani tidak kelihatan.
Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Pengarah PRK Sungai Besar, Tan Sri Noh Omar; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Kelihatan sama Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon; Ketua Wanita Umno Selangor, Datin Paduka Norhayati Onn dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos.
Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,365 pengundi berdaftar namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratusan pengundi yang keluar hanya 74.4 peratus sehingga jam 5.
PRK Kawasan Parlimen itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu, Noriah mendapat 18,695 dengan majoriti 399 undi mengalahlan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang memperoleh 18, 296 undi.ngalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang memperoleh 18, 296 undi.
0 comments:
Post a Comment