Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

AYAH JUAL KERETA ANAK TAK HORMAT, BERSYUKUR


Ayah jual kereta anak tak hormat bersyukur


Florida -  Akibat bosan dengan tabiat anak yang suka menghisap ganja dan tak bersyukur, seorang ayah menjual trak yang sebelum ini dibelikan khas untuk anaknya ke kolej.

Selain menjual trak tersebut, Allan Gieger Jr turut menjanjikan potongan harga kepada jiran yang membelinya supaya 'anaknya ternampak trak berkenaan tiap-tiap hari'.

"Itu adalah kenderaan untuk membantunya pergi ke sekolah, dapatkan pekerjaan yang elok dan ia adalah permulaan yang baik," kata Allan.

Namun, anaknya langsung tidak menghargainya malah melebihkan kawan-kawannya dari ibu bapa sendiri.

"Dia cuma bawa trak tersebut berjalan-jalan bersama kawan sambil menghisap ganja dan berlagak samseng.

"Kami dah cuba macam-macam seperti marah dan menasihat. Semuanya tidak berjaya," jelas Allan.

Allan berjaya menjual trak, sebuah Ford Explorer tersebut di laman Facebook selepas mengiklankannya selama dua jam pada 1 Jun lalu.


0 comments:

share2