Kemaman - Warga emas yang hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Tanjung Bukit Mentok sejak Sabtu lalu dijumpai dalam keadaan selamat pada jam 3.30 petang tadi.
Mangsa, Abdullah Besar, 60, ditemui dalam keadaan lemah oleh penduduk kampung di bawah pokok nipah di dalam hutan itu dalam jarak kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, sebelum menjumpai mangsa, seramai 15 penduduk kampung yang memulakan pencarian pada jam 2 petang terlebih dahulu menemui telefon bimbit, kopiah dan seluar mangsa.
"Orang kampung temui mangsa sedang duduk dalam jarak 30 meter dari barang-barang yang dijumpai itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
0 comments:
Post a Comment