Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 16, 2016

VETERINAR BELUM TERIMA SAMPEL TULANG BABI


Daging babi umpan ikan sungai


Kota Bharu - Jabatan Veterinar Kelantan memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang sampel tulang babi dari Sungai Sempadan Golok.

Pengarahnya, Dr Suratan Kamaruddin berkata, isu tulang berkenaan diketahui melalui media dan pihaknya bersedia memberi kerjasama jika diperlukan, namun sehingga kini tiada apa-apa makluman mengenainya.

"Tulang itu tidak semestinya tulang babi, sebaliknya ia mungkin boleh jadi tulang lembu, kambing, ayam dari hasil buangan dari rumah-rumah di pinggir sungai.

"Bagaimanapun, untuk mengesahkannya, sampel tulang itu perlu diuji, tetapi setakat ini, sampel berkenaan belum sampai ke pejabat veterinar dan tiada aduan dibuat kepada kami," katanya kepada pemberita, pagi ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan dakwaan penduduk Sungai Golok yang menemui tulang, namun belum pasti sama ada ia tulang khinzir atau sebaliknya.

Penduduk di Kampung Kubang Rambutan mendakwa, daging babi dijadikan umpan menangkap ikan di Sungai Golok dekat Pengkalan Rambai, sejak lima tahun lalu.


0 comments:

share2