Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 19, 2016

'SAYA TAK BOLEH LIBAT DALAM PERDEBATAN'


Arul Kanda Kandasamy


Kuala Lumpur - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, beliau tidak boleh melibatkan dalam debat berhubung syarikat itu kerana beliau kini membantu siasatan polis mengenai syarikat itu.

Di samping itu, katanya beliau juga mahu menyelesaikan pertikaian antara IMDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC).

"Saya kini sedang memberi tumpuan sepenuhnya dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyelesaikan pertikaian IPIC itu.

"Oleh itu, saya tidak boleh terlibat dalam perdebatan yang mungkin prejudis terhadap kedudukan perundangan 1MDB berhubung siasatan dan pertikaian ini," katanya dalam kenyataan malam ini merujuk kepada cabaran debat yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen, Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Beliau berkata, sejak Pua mengemukakan cabaran pada 14 April lalu danditerimanya sebulan selepas itu.

"Terdapat dua perkembangan penting yang bermaksud ia tidak lagi mungkin untuk saya berdebat dengan Pua.

"PDRM telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyiasat hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB," katanya.


0 comments:

share2