22.4.16. Menteri Besar Pahang Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob berkata sektor
pelancongan menjadi semakin penting dalam menjana KDNK negeri Pahang sejak 3
tahun lalu.
Menurut beliau, Industri Pelancongan yang terletak di bawah
Sektor Perkhidmatan telah menjana KDNK sebanyak RM41.4 bilion pada tahun 2014 dan sentiasa
meningkat pada kadar 5.4 peratus dan jika dibandingkan dengan ekonomi negara,
pertumbuhan ekonomi di Pahang adalah
lebih baik.
Menteri Besar Pahang berucap ketika merasmikan Pelancaran Promosi
Tahun Melawat Pahang 2017.
“Hogoh Pahang” menjadi tagline bagi Tahun Melawat Pahang
2017. Sementara Gajah menjadi mascot nya.
Pahang menjangka menambah kehadiran pelancong 25 hingga 30
peratus. Pada masa ini pelancong ke
Pahang berjumlah 10.5 juta, dijangka meningkat ke 12 juta atau 13 juta orang.
Sementara jumlah pendapatan negeri dalam bidang pelancongan pada tahun lepas
adalah RM7.5 bilion dan sasaran Tahun Melawat Pahang adalah RM10
bilion."


0 comments:
Post a Comment