
Sandakan - Penyebaran maklumat tidak sahih menerusi media sosial banyak menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya.
Beliau berkata, apa yang lebih menyedihkan apabila berlaku provokasi politik, agama selain fitnah yang boleh membawa kepada perpecahan antara kaum.
"Akibatnya nilai perpaduan antara kaum mulai goyah apabila kebelakangan ini orang ramai mudah percaya dan terpengaruh dengan semua maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial tanpa mengetahui kesahihannya dan tidak merujuk sumber rasmi.
"Ini kerana tidak semua perkara yang ditulis adalah tepat sehingga meresahkan masyarakat," katanya ketika merasmikan Program Apa Kata Gen-Y anjuran Jabatan Penerangan di Institut Latihan Perindustrian di sini, hari ini.
Samsuddin berkata, sebagai masyarakat bertanggungjawab, orang ramai seharusnya memanfaatkan saluran media sosial seperi Facebook dan WhatsApp sebagai medium mengemukakan aduan yang dihadapi untuk tindakan pihak berwajib.

0 comments:
Post a Comment