Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 2, 2016

PERTEMUAN TUN M DENGAN LIM KIT SIANG : APA AGENDA MEREKA?




Dah heboh dimedia sosial sejak semalam bahawa Tun M mengadakan pertemuan dengan Lim Kit Siang.

Kita tidak boleh menolak bahawa kemungkinan agendanya adalah mencari kesepakatan dan berkerjasasama dalam usaha menjatuhkan DS Najib.

Pertemuan yang disifatkan positif oleh Lim Kit Siang itu jika benar-benar dapat dilaksanakan agendanya sudah pasti akan memberi kesan kepada PRU akan datang.

Meskipun Lim Kit Siang menyatakan bahawa agenda Tun M adalah untuk menjatuhkan DS Najib sedangkan agenda DAP adalah lebih besar iaitu untuk selamatkan Malaysia, namun keputusannya nanti akan tetap sama iaitu menolak kepimpinan DS Najib, BN, UMNO dan Orang Melayu.

Kita tidak kisah jika Pas memerintah Kerajaan kelantan kerana mereka masih Melayu dan Islam, namu kita tidak boleh menerima pemerintahan Dap di Pulau Pinang... dan sebarang usaha untuk membenarkan Dap memerintah Malaysia adalah satu usaha jahat.

Jika benar-benar ini akan terjadi, kita dapat melihat wajah dan warna sebenar Tun M... yang sanggup mengadai dan menyerahkan apa saja asalkan dapat memuaskan hatinya. Manusia jenis apakah itu.. tiada siapa dapat menjawabnya sehingga ianya berlaku.

Memetik dari sebuah laman portal....; 'Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Lim agak mengejutkan apabila mengambil kira Lim adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui Umno dan negara selama 22 tahun.

'Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP pari chauvinis dan Lim sebagai pemimpin yang tamak kuasa.'




~ Editor


0 comments:

share2