Kuala Lumpur - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail menyifatkan 'perjuangan' Pakatan Harapan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah demi negara.
Menurutnya, perjuangan mereka itu bukannya tentang 'balas dendam' meskipun mendakwa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pernah menjadi mangsa pemerintahan Tun Mahathir.
"Saya tidak fikir ini (maafkan dosa Tun Mahathir) jadi isu. Ini bukan tentang nak balas dendam.
"Tapi ini tentang negara. Apa yang berlaku (dulu), sudah berlaku," katanya pada sidang media Pakatan Harapan, selamat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau sudah memaafkan 'dosa' Tun Mahathir hingga beliau sudi bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri itu.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan pakatan pembangkang tidak kuat hingga memerlukan aura Tun Mahathir untuk perjuangan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui deklarasi rakyat yang ditandatangani, Jumaat lalu.
"Beliau (Tun Mahathir) yang tak kuat dan perlukan bantuan kami," katanya.
Tun Mahathir mengetuai tindakan menandatangani Deklarasi Rakyat yang menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan nombor satu negara.
0 comments:
Post a Comment