Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 13, 2016

WANITA MENYAMAR PEMBANTU PERIBADI KU NAN MINTA DERMA


PDRM


Putrajaya - Satu laporan polis telah dibuat semalam berhubung seorang wanita yang menyamar sebagai pembantu peribadi Menteri Wilayah Persekutuan dan meminta derma daripada kontraktor atau individu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, wanita itu juga meminta kontraktor atau individu berkaitan untuk memasukkan derma ke dalam akaun bank seorang lelaki.

"Tujuan dibuat laporan (polis) untuk menafikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terlibat dengan aktiviti atau kelakuan yang salah dilakukan oleh wanita itu, yang kononnya mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi menteri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


0 comments:

share2