Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 13, 2016

TOK GAJAH SEDIA GANYANG TERENGGANU FC II


Ahmad Shaharuddin


"Kami sudah bersedia sepenuhnya." Itu tekad pengendali Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi untuk tugas pertama yang menanti skuad kendaliannya, malam ini.

Bekas pemain tengah kebangsaan itu berkata, barisan pemain Tok Gajah bersedia melayan kunjungan Terengganu FC II di Stadium Darul Makmur untuk aksi pembuka tirai Liga Super 2016.

“Peminat akan menyaksikan perubahan dilakukan Pahang dengan mempertaruhkan muka baharu.

"Gabungan pemain senior dan junior diharap membentuk persefahaman mantap untuk memastikan kemenangan sebagai suntikan semangat mengharungi cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau turut akui sedar tugas getir menanti Pahang apabila berdepan lawan yang bersemangat tinggi selepas berjaya beraksi dalam saingan liga itu pada musim ini.

Tegasnya, pemain sudah ditekankan supaya bersedia sepenuhnya bukan sahaja fizikal dan taktikal, malah mental untuk menjadikan aksi sulung ini berakhir dengan tiga mata menjadi milik Pahang.

Dalam pada itu, Ahmad Shaharuddin turut mengesahkan empat pemain import iaitu German Pacheco, Dalibor Volas, Nejc Potokar dan Zesh Rehman disenaraikan dalam kesebelasan utama menggempur lawan sekali gus menang di halaman sendiri.

“Saya berharap segala perancangan menjadi untuk meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik biarpun ada yang meragui kemampuan skuad Tok Gajah mengharungi cabaran dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

“Manakala buat pemain yang diturunkan, mereka perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin selain menagih sokongan padu daripada peminat untuk menaikkan lagi semangat pemain,” katanya.


0 comments:

share2