Pengendali Tok Gajah Ahmad Shaharuddin Rosdi menarik nafas lega dengan satu mata diraih biarpun terpaksa beraksi 10 pemain, lapor ROSILAWATI ROSEDI.
Pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur kelmarin, Pahang FC terpaksa menunggu minit akhir untuk mengikat mengikat Terengganu FC II (TFC II) menerusi German Ezequiel Pacheco.
Sebelum itu, tuan rumah di depan minit ke-20 menerusi jaringan Dalibor Volas.
Mengulas persembahan Volas dan Pacheco, Ahmad Shahruddin berkata, aksi mereka sememangnya dinantikan bagi memberi impak positif di barisan serangan.
“Saya puji keseluruhan pemain yang beraksi baik biarpun misi utama meraih tiga mata gagal tetapi keputusan seri ini juga membanggakan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment