Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 14, 2016

TOK GAJAH IKAT TERENGGANU FC II


Tok Gajah ikat Terengganu FC II keputusan seri


Biarpun tempang beraksi dengan 10 pemain, skuad Tok Gajah tetap berjaya mengutip satu mata apabila melakar keputusan seri 2-2 berdepan Terengganu FC II dalam aksi pembuka tirai Liga Super 2016 di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.

Sebaik wisel bermula, skuad kendalian Ahmad Shaharuddin Rosdi itu terus beraksi garang dengan tendangan kencang pemain tengah D.Saarvindran ke tengah gawang namun berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan, Wan Muhd Azraie Wan Teh pada m-3.

Penguasaan bola terus menjadi milik tuan rumah dan asakan berganda terus mencemaskan gawang pelawat.

Pahang nyaris mendapat gol pembukaan menerusi tandukan penyerang importnya Dalibor Volas hasil umpanan German Ezequiel Pacheco namun dibatalkan kerana offsaid pada m-12.

Tuan rumah terus menggandakan asakan dan tendangan pemain tengah Muhammad Helmi sekadar tinggi melepasi gawang lawan pada m-17.

Stadium akhirnya bergegar apabila Volas menyepak masuk selepas bola muntah sekaligus gol pembukaan perlawanan pada m-19.

Aksi terus rancak namun Pahang menerima padah apabila pemain pertahanan Mohd Saiful Nizam Miswan dikenakan kad kuning apabila mengasari pemain lawan namun menerima kad merah selepas itu pada m-32 menjadikan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Malah kapten pasukan Zesh Rehman turut menerima padah dikenakan kad kuning oleh pengadil perlawanan S.Sittharajan.

Permainan kembali bersambung dan giliran pelawat mencemaskan gawang tuan rumah menerusi tandukan pemain import lawan Tomislav Busic dan terkena palang dan kekalutan di depan gawang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Mohd Nasril Noordin pada m-37.

Kedudukan kekal 1-0 hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Aksi babak kedua kembali bersambung dan skuad kendalian Rachmat Darmawan mengatur gerakan dan mendapat peluang terbaik pada m-55 menerusi rembatan Tomislav Busic tetapi sepakannya tersasar terkena palang kanan gawang tuan rumah.

Pahang kembali mengatur serangan dengan gerakan solo Zesh Rehman namun berjaya diselamatkan oleh Wan Azraie yang terlebih dulu meluru keluar merampas bola tersebut.

Lawan kembali menyamakan kedudukan selepas Muhammad Sapawi Rasid merembat bola ke dalam gawang tuan rumah pada.m-71.

Kesilapan Mohd Nasril dihukum menerusi gol kedua lawan oleh pemain gantian Izzaq Faris Ramlan pada m-88.

Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan pada m-90 menerusi pemain importnya,German Pacheco.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.


0 comments:

share2