Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 10, 2016

TERSANGKUT DI POKOK PETAI KETIKA GOTONG-ROYONG


Tersangkut di pokok petai ketika gotong-royong


Gombak - Seorang lelaki tersangkut di atas pokok petai semasa terlibat dalam program gotong-royong membersihkan tapak masjid di Kampung Sungai Pusu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.32 tengah hari.

Operasi disertai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan tujuh pegawai.

"Mangsa yang sedang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tiba-tiba mengalami kekejangan otot pada ketinggian 40 kaki.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dengan menggunakan tangga," katanya.


0 comments:

share2