Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 5, 2016

TARIKH 17 JANUARI AKAN TERUS DIKENANG


Tarikh 17 Januari akan terus dikenang


Lipis - 17 Januari merupakan tarikh paling bahagia buat pekerja kilang di Felda Kechau ini. Pada tarikh itu, dia tidak hanya menyambut hari kelahiran anak keduanya, malah menerima hadiah istimewa hasil kemenangan menyertai Peraduan Rakyat 1 Malaysia (PR1M).

Rohman Ibrahim, 40, menganggap kemenangan pada tarikh bertuah itu satu rezeki buat anak keduanya, Muhammad Aqil Shahiran Rohman, 10, dan dua lagi anaknya, Nur Aqilah Salwanis Rohman, 13, dan Muhammad Adib Irfan Rohman, 9.

Dia dan isteri, Naimah Hurzaid, 42, merancang untuk menyimpan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 untuk masa hadapan anak-anak mereka.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan rezeki memenangi hadiah ini sedangkan saya hanya menyertai peraduan sekitar lima atau enam kali saja.

“Kemenangan ini memang tidak disangka-sangka kerana untuk menyertai peraduan ini bukan mudah. Saya kena keluar ke bandar yang terletak kira-kira 20 minit dari rumah untuk membeli surat khabar Sinar Harian,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, wang sebanyak RM1,000 itu cukup besar nilainya buat dia dan keluarga, tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.

Meskipun telah memenangi pertandingan ini, Rohman tidak akan berputus asa untuk terus menghantar penyertaan sehingga tarikh tutup.

“Saya akan terus menghantar lagi selepas ini kerana soalan yang diberikan terlalu mudah. Siapa tahu, mungkin saya akan bertuah lagi selepas ini,” katanya.


0 comments:

share2