Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 11, 2016

SEARCH BERGABUNG SELEPAS 35 TAHUN


Search bergabung selepas 35 tahun


Sempena menyambut ulang tahun ke-35, kumpulan legenda tanah air, Search bakal mengadakan konsert berskala besar pada 9 April ini.

Konsert anjuran Afjets Sdn Bhd ini bakal berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amrul Nizar Anuar berkata, konsert ini menampilkan sesuatu di luar jangkaan, khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong karier Search.

"Pihak kami ingin menampilkan sesuatu di luar jangkaan dan apa yang pasti Search bakal mengembalikan nostalgia dengan menyanyikan lagu-lagu yang menjadi kegilaan ramai sehingga ke hari ini.

"Selain itu, beberapa aktiviti yang berbentuk tribute flashback bersama peminat Search telah dirancang beserta dengan pelbagai hadiah menarik telah disediakan bagi mempromosikan konsert ini.

"Apa yang lebih penting, dari segi keselamatan, pihak kami akan cuba memastikan konsert ini berjalan dengan lancar di bawah pengawasan ketat pihak polis," jelasnya pada sidang media Konsert Search bertempat di Redland Terminat Centre & Hangar Complex, semalam.


0 comments:

share2