Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 11, 2016

PENGUSAHA RESTORAN NASI KANDAR MAUT DITEMBAK


Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak


Georgetown - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar.

"Suspek juga dikatakan cuba menembak dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas mengawal premis perniagaan berhampiran namun tembakan itu juga tersasar,"katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Zakaria berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.

Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.


0 comments:

share2