Pyreness - Para pemain ski di Sepanyol kini berada dalam keadaan ketakutan selepas tersebarnya penampakan rakaman video dan gambar seakan-akan yeti di kawasan permainan ski popular Sepanyol di kawasan pergunungan Pyreness, Timur Laut Sepanyol.
Memetik laporan The Sun, sebuah foto terakam memperlihatkan haiwan besar berbulu putih seakan-akan yeti berjalan di antara pohon-pohon di kawasan pergunungan itu
"Ketika kami sedang bermain ski di Formigal bersama rakan-rakan, kami ternampak haiwan itu, kami saling bertanya apa itu, beruang atau yeti ?.
"Aku yakin, ada sesuatu yang berkeliaran di luar sana. Aku tahu apa yang aku lihat. Aku sudah memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort, tetapi dia anggap aku bergurau," demikian antara kapsyen tweet pada kapsyen gambar itu.
Namun, menurut pemilik resort Aramon, mereka tidak pernah menemui jejak haiwan itu di lembah-lembah pergunungan itu.
"Jangan takut, kami sudah bercakap dengan saksi yang melihat haiwan itu, setelah kami menyelidik kami tidak menemui haiwan tersebut.
"Oleh itu, kami memberi jaminan kepada pengunjung, bahawa kawasan ini selamat, tetapi kami akan tetap berwaspada," jelas jurucakap resort itu.
Seperti Bigfoot di Amerika Utara, yeti adalah hominid yang bergerak dengan dua kaki dan ia dikatakan menyerupai mawas, ada juga sesetengah masyarakat menganggap yeti sebagai 'manusia salji' tetapi sehingga kini kewujudan ia masih menjadi tanda tanya.
Bagi sesetengah masyarakat yang mempercayai kewujudannya ia diyakini hidup dikawasan pergunungan terutama di pegunungan Himalaya di wilayah Nepal dan Tibet.
0 comments:
Post a Comment