Shah Alam – Orang ramai terkejut apabila melihat logo seakan logo parti tertera tulisan GPS ditampal pada tiang dan dinding di beberapa lokasi di sekitar kawasan Padang Jawa dan Seksyen 7, di sini semalam.
Rata-rata orang ramai yang ditemui wartawan Sinar Harian tidak tahu menahu berkenaan logo berkenaan.
Poster yang bertulis, 'Pilihan Baharu! Dah Masuk Belum?" berserta logo GPS dan tanda X dalam kotak mencetuskan pertanyaan orang awam.
Pelajar, Aiman Danial Abd Jamil, 16, berkata, dia hairan melihat tampalan poster GPS seperti poster parti politik ketika kempen pilihanraya.
"Memang saya terkejut bila terlihat poster itu yang disedari ketika lalu di kawasan ini.
"Saya tertanya-tanya apakah sebenarnya motif poster tersebut sebab kalau nak kata pilihan raya lambat lagi," katanya di Padang Jawa, di sini.
Sementara itu, ibu pelajar, Fatimah Mohd Nazir, 25, berkata, sebelum melihat poster berkenaan dia sudah menyedari poster GPS itu mula menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.
"Saya tengok dalam Facebook, poster GPS ini sudah jadi viral...kemudian hari ni pula (semalam) poster ni ditampal pula di sini.
"Tak tau apa sebenarnya GPS itu, adakah sebuah parti politik baharu ataupun pertubuhan baharu," katanya.
0 comments:
Post a Comment