Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 2, 2016

LETUPAN KUAT GEGARKAN RUMAH JIRAN


Letupan kuat gegarkan rumah jiran


Parit Empat – Bunyi letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas sebuah rumah yang terbakar menggemparkan penduduk di Jalan Pantai Rasa Sayang kira-kira jam 11 malam, kelmarin.

Rumah pusaka milik Salmah Hasim, 76, itu musnah sama sekali namun punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Saksi kejadian, Zaidi Saman, 43, berkata, ketika kejadian dia sedang minum bersama rakan di sebuah kedai berhampiran sebelum dimaklumkan isteri melalui panggilan telefon.

“Masa tu, saya tengah minum dengan kawan tapi bila isteri bagi tahu dengan nada cemas dengar bunyi letupan dekat rumah jiran, saya terus bergegas ke tempat kejadian untuk bantuan. Sampai saja rumah makcik Salmah saya nampak api dah marak. Ada beberapa orang kampung dekat depan rumah tak boleh buat apa-apa sebab api besar.

“Nasib baik rumah tu kosong sebab makcik Salmah pergi rumah anak...memang dia jarang duduk sini sebab seorang diri, jadinya hanya hujung minggu saja balik sini. Kali terakhir saya nampak dia balik bersama anak-anak masa cuti Thaipusam tempoh hari,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Arbain Saarani berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam 11.12 malam dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang dan Sekinchan bersama satu ambulans MERS 999 tiba ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh lima minit.

“Mangsa tiada di rumah dan melalui saksi, mereka nampak api mula marak dari sebuah bilik sebelum merebak ke seluruh rumah jenis kelas C seluas 63 meter persegi. Bekalan air tiada masalah kerana sumber air di parit berhampiran mencukupi,” katanya.

Arbain turut memaklumkan pihaknya masih menyiasat punca kebakaran.


0 comments:

share2