Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 5, 2016

KEPALA BABI DEPAN PINTU PEJABAT


Kepala babi depan pintu pejabat


Rembau – Rutin harian seorang pekerja membuka pintu pejabat dikejutkan dengan penemuan kepala babi yang diletakkan di hadapan pejabatnya di Taman Chembong Utama, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Azira Zakaria, 23, ditemani bapanya, Zakaria Ayub, 65, segera menghubungi majikan yang juga abang iparnya, Muhammad Rashdan Abdul Rahim, 37, memaklumkan penemuan berkenaan.

Menurut Azira, dia pada mulanya menyangka objek itu adalah bangkai ayam dan hanya menyedari ia adalah kepala babi setelah dimaklumkan ayahnya.

“Saya tak jadi buka pintu jeriji besi itu dan segera hubungi abang ipar untuk datang lihat sendiri objek ini. 

"Pintu jeriji besi itu tertutup sepertimana saya tinggalkan semalam, namun terdapat kesan dipotong untuk letak kepala babi berkenaan di hadapan pintu pejabat.

“Bila abang ipar datang kira-kira jam 9 pagi, dia pun terkejut serta segera buat laporan di balai polis terdekat,” katanya ditemui Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Muhammad Rashdan berkata, kejadian itu pertama kali dialaminya sejak menjalankan perniagaan berasaskan penyelenggaraan jentera berat di daerah ini, tiga tahun lalu.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah mahupun musuh.

“Kita boleh anggap sama ada salah sasaran ataupun ada niat tak baik terhadap perniagaan saya.

“Saya tak mahu perbesarkan isu ni, namun saya berharap agar insiden seperti ini tak berulang kembali atau berlaku ke atas premis perniagaan lain kerana isu ini amat sensitif,” katanya.

Beliau berkata, susulan insiden berkenaan, sembilan pekerjanya akan bergotong-royong menyamak di bahagian hadapan pintu pejabat serta menukar karpet baharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif ketika dihubungi berkata pihaknya sedang melakukan siasatan kes tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci hingga memudaratkan perpaduan.


0 comments:

share2