Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 9, 2016

IBU PARAH DITIKAM ANAK


Ibu parah ditikam anak


Kuala Lumpur - Seorang ibu parah selepas ditikam oleh anaknya sendiri dalam kejadian di kediaman dua tingkat mereka di Jalan Rejang 2, Setapak Jaya, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu disedari anak lelaki mangsa berusia 22 tahun yang menemui ibunya, 49, terbaring di tingkat bawah dalam keadaan berdarah.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ketika itu anak lelakinya baru pulang dari taman permainan berhampiran bersama adik perempuannya.

Menurutnya, mangsa yang juga merupakan guru agama di Sekolah Rendah Al-Amin mengalami kecederaan parah selepas ditikam di bahagian perut selain kesan kelar di dahi.

“Setakat ini, mangsa masih berada dalam keadaan kritikal dan usaha menjejak suspek berusia 21 tahun dikawasan berhampiran masih dijalankan,” katanya.


0 comments:

share2