Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 1, 2016

10,000 KANAK-KANAK `HILANG'


10,000 kanak-kanak ‘hilang’


The Hague - Lebih 10,000 kanak-kanak pelarian yang berlayar tanpa penjaga dewasa dilaporkan hilang tanpa dikesan sejurus tiba di Eropah dikhuatiri telah jatuh ke tangan kumpulan sindiket pemerdagangan manusia.

Kelmarin, Ketua Turus Agensi Perisikan Jenayah Kesatuan Eropah (Europol), Brian Donald memberi amaran infrastruktur jenayah canggih pan-Eropah kini menyasarkan pelarian terutamanya kanak-kanak.

"Tidak semua daripada mereka menjadi mangsa eksploitasi jenayah kerana sebahagian daripada kanak-kanak itu mungkin telah diserahkan kepada keluarga di sini. 

"Cuma kita tidak tahu di mana mereka berada, apa yang sedang mereka buat atau mereka bersama dengan siapa pada masa ini," katanya ketika wawancara bersama akhbar harian Britain, Observer.

Menurutnya, kumpulan budak itu dilaporkan 'hilang' selepas mereka berdaftar dengan pihak berkuasa.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children menganggarkan 26,000 kanak-kanak memasuki rantau Eropah secara berseorangan pada 2015.

Sementara itu, media tempatan mendedahkan jumlah budak pelarian yang hilang tanpa khabar berita sejurus tiba sebagai pemohon suaka telah meningkat dua kali ganda berbanding beberapa tahun lalu.


0 comments:

share2