Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 1, 2016

VAN JENAZAH BERI 1,000 MAKNA


Van jenazah beri 1,000 makna


Penantian 10 tahun untuk mendapatkan van jenazah baharu berakhir apabila penduduk Kampung Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu menerima sumbangan van jenazah dari DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM), baru-baru ini.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Komunikasi Kumpulan DRB-Hicom, Shaik Abbas Ibrahim kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Pengkalan Nyireh, Amlin Yaacob di Wisma DRB-Hicom, di sini.

Menurut Shaik Abbas, sumbangan van berharga RM133,000 ini adalah usaha pelaksanaan fardu kifayah bagi memudahkan urusan penghantaran jenazah dan melancarkan pengebumian penduduk Islam.

"Usaha ini juga adalah selaras dengan tuntutan agama Islam dan tanggungjawab korporat yang perlu disempurnakan kepada golongan yang memerlukan. 

"Diharapkan dengan adanya van jenazah ini, masalah penduduk untuk menguruskan pengebumian umat Islam di kawasan tersebut dapat diatasi setiap kali berlaku kematian. 

"Ia juga dilihat dapat membantu penduduk yang kurang berkemampuan memandangkan kos menyewa van jenazah adalah agak tinggi ,"katanya.

Beliau berkata, van jenazah ini juga diharap dapat dimanfaatkan bukan sekadar untuk kegunaan penduduk Kampung Pengkalan Nyireh sahaja tetapi juga kampung-kampung berdekatan.

Sementara itu, Amlin berkata, penduduk bersyukur selepas lebih 10 tahun menunggu, akhirnya penantian untuk memiliki sebuah van jenazah tercapai. 

Sebelum ini katanya, penduduk terpaksa menyewa dan menggunakan perkhidmatan van jenazah dari daerah Jertih yang terletak sejauh 12 kilometer jika berlaku kematian. 

"Van jenazah ini telah diamanahkan kepada Kampung Pengkalan Nyireh dan ia boleh digunakan semua,” katanya.

Menurutnya, sumbangan van jenazah ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Masjid Ibnu Abas Kampung Pengkalan Nyireh malah turut memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan Adun Kota Putra.


0 comments:

share2