Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 21, 2016

TAKTIK TERBARU REKRUT MILITAN IS DIKENAL PASTI


IS


Kuala Terengganu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan terdapat dalam kalangan rakyat dari negara ini yang masih cuba meloloskan diri untuk berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan militan IS.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, individu yang dikesan terdiri dalam pelbagai peringkat usia dan pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, penglibatan rakyat dari negara ini dalam kegiatan militan ini masih terkawal.

“Ancaman ini masih ada dan belum menunjukkan tanda-tanda berkurangan, namun, buat masa ini penglibatan rakyat negara ini masih terkawal dan kita telah mengesan terdapat lagi cubaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berlepas ke Syria bagi tujuan berjihad.

“Penglibatan rakyat dari negara ini masih terkawal kerana kita masih mampu mengesan dan menangkap individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Ancaman IS dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihak berkuasa ialah sekiranya terdapat individu yang berjaya meloloskan diri ke sana menggunakan teknik merekrut anggota menggunakan kaedah tertentu.

“Sebelum ini, kes terbaharu kita tangkap sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang diusir dari Turki. Itu yang sempat ditangkap pihak Turki, pada November tahun lalu. Kita bimbang kalau ada yang terlepas pergi kerana kaedah yang digunakan untuk merekrut anggota kini bukan seperti dahulu.

“Kalau dahulu, mereka menggunakan kaedah yang mudah dikesan, kini mereka berhubung melalui online dengan rakyat Malaysia yang berada di Syria serta mengatur bagaimana cara dan laluan yang perlu dilalui untuk ke sana,” katanya.


0 comments:

share2