Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 6, 2016

RENUNGAN SAYA


RENUNGAN SAYA


Salaam…

Jika benar tindakan PAS untuk menolak salam perpaduan dan ukhwah bukan bererti rahmat Allah swt telah terputus. Namun amaran Allah swt ke atas Pemutus Silatulrahim tetap abadi.

Perintah Allah untuk menjalin ukhwah bukan terhenti dinoktah sesuatu pihak. Kenyataan Majlis Syura PAS untuk menolak kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional bukanlah penamat usaha yang murni itu. Namun takdir Ilahi sudah pasti terlerai kepada pihak yang menghulur tangan ukhwah.

Dalam membina ukhwah, peribadi Qudwah Hasanah perlu diteladani sebaiknya. Apabila kita sudah menjejaki dengan jujur dan luhur pasti kita dalam peliharaan Allah. Kejujuran kita itu sebenar menjadi nilai pandu dan neraca pandang dari Ilahi. Keberhasilan bukan sebenarnya menjadi teras hukum menurut didikan syarie.

Kita tidak perlu dan wajar semata berpandang serong dengan apa yang kita rasa dan sangka. Jika kita memang benar ingin terus bersuku sakat percayalah kita hanya menanti janji murka Allah.

Hukuman akibat dari permaian tarian yang songsang dari tarbiah Islam bakal menimpa untuk semua. Kerana bencana murka itu tidak memilih warna atau puak.

Sebenarnya natijah ini memang buat peribadi saya tidak terkejut. Kerana kita masih merasa selesa. Tiada tekanan dan sebarang ancaman.

Walaupun bunga-bunga api penindasan sudah mulai merecip kepangkuan anak bumi yang menjadi amanah kita. Wajarnya muhasabah secara terfokus melalui apa yang berlaku masa kini diambil iktibar.

Namun kami yakin Rahmat Allah itu luas. Belas ehsanNya sangat halus dan tiada bandingan. Kita yakin ujian ini perlu kepada ketekunan dan kesabaran yang berterusan.

Pucuk Pimpinan Negara pasti mampu terus berjiwa lapang. Firmah Allah swt:

“Ambillah kemaafan dan ajaklah berbuat baik”.

Pasti dari firman ini mempunyai rahsia ukhwah yang paling besar.

Saya juga yakin orang yang memaafkan demi mencari ukwah itu sukar tetapi besar ganjaran disisi Allah. Tetapi orang yang memohon kemaafan demi ukhwah lebih sukar tetapi ia lebih bermakna disisi Allah dan lebih berlipat ganda ganjaran rahmat Allahswt.

Begitu juga orang yang mengaku salah setelah dituduh sangat bernilai dalam membina ukhwah. Namun orang yang sanggup mengaku salah sebelum dituduh adalah lebih mulia dan sangat bermakna disisi syariah dalam membina ukhwah.

Sebaliknya orang paling dimurkai Allah adalah orang yang bukan sahaja tidak mahu mohon maaf bahkan orang yang tidak mahu bermaaf-maafan.

Kita berdakwah dan membina ummah amat wajar jika kita mampu seia sekata. Dan amat sukar jika kita sentiasa berbeza dan berusaha untuk tidak bersama.

Namun kita yakin kerjasama perpaduan dan kemaslahatan ummah tetap akan terus menjadi agenda kedua belah pihak. Semangat ini sudah pasti menjadi benih subur untuk mencambahkan perkembangan agama dan syariah Allah.


0 comments:

share2