Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 22, 2016

POLIS TAHAN 'DATUK' JUAL DARJAH KEBESARAN KEDAH


gari


Shah Alam - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan Selasa lepas kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan penjualan darjah kebesaran negeri Kedah dengan harga RM71,200 pada 2014.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dan beralamat terakhir di Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini, diberkas di sekitar Damansara.

"Suspek ditahan atas laporan seorang ahli perniagaan warga Bangladesh yang mendakwa beliau dan anaknya ditipu lelaki berkenaan yang berjanji mendapatkan gelaran 'Datuk Seri' dan 'Datuk' masing-masing kepada mereka dengan jumlah bayaran tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata suspek menawarkan mangsa, 57, dan anak lelakinya, 28, untuk membeli gelaran darjah kebesaran Kedah itu setelah mereka berkenalan menerusi internet sekitar 2014 atas urusan jual beli sebuah kereta mewah.

Beliau berkata kegiatan yang dilakukan suspek antara 2014 dan 2015 itu turut menyebabkan mangsa kerugian RM164,200 kerana ditipu dalam urusan pembelian kereta mewah jenis BMW630i daripadanya.

Mohd Yusoff berkata perbuatan penipuan suspek itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian keseluruhan sebanyak RM235,000 dan suspek kini direman untuk membantu siasatan kes itu.


0 comments:

share2