Mumbai - Seorang peragut dipaksa memakan 48 biji pisang sebagai usaha polis mendapatkan semula cincin emas yang ditelan suspek.
Dalam kejadian di pasar ikan Ghatkopar di timur bandar raya Mumbai Rabu lalu, suspek, Gopi R Ghaware, meragut dan melarikan cincin emas seorang wanita.
Menurut pegawai penyiasat, Kailash Tirmare, sebaik wanita berkenaan menjerit, beberapa penduduk mengejar dan berjaya menangkap Ghaware, lapor Agensi.
Polis yang tiba di tempat kejadian segera menangkap Ghaware dan membawanya ke Hospital Rajawadi untuk mendapatkan rawatan.
UjianX-ray menunjukkan cincin berkenaan berada dalam perutnya sebagai bukti pertama jenayah dilakukan lelaki berusia 25 tahun itu.
Ujian kali kedua sebelah petang mengesahkan laporan awal.
Polis, kemudian menempah sebakul pisang dan memaksa Ghaware memakannya sehingga awal pagi.
0 comments:
Post a Comment