Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 1, 2016

OPS NODA: 22 WANITA VIETNAM, MYANMAR DITAHAN


pdrm


Kuala Lumpur - Seramai 22 wanita Vietnam dan Myanmar adalah antara 36 individu yang ditahan polis dalam Ops Noda dan Ops Dadu bagi mencegah kegiatan maksiat, pelacuran dan judi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Selain itu, polis menahan empat lelaki Bangladesh dan enam rakyat tempatan yang bekerja sebagai pekerja premis dan pelayan pelanggan (GRO), kata Ketua Penolong Pengarah Unit Tindakan Khas Jenayah Terancang, Skuad Taktikal 3 Perjudian/Maksiat/Kongsi Gelap (STAGG) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa.

Beliau berkata mereka yang berusia antara 23 tahun hingga 53 tahun ditahan dalam Ops Noda selama empat jam bermula 11 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Fraser Bussines Park, Off Jln Loke Yew di sini.

"Kami turut merampas wang tunai RM1,800, sebanyak 60 botol minuman keras dan tiga resit yang berkaitan urus niaga," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam Ops Dadu, seramai empat lelaki tempatan ditahan kerana terlibat dalam perjudian di sebuah premis perjudian di Taman Tun Dr Ismail Grove, Kajang.

"Sebanyak 26 unit komputer dan wang tunai RM22,601, dua unit modem dan 52 helai daun terup dirampas polis," katanya.

Khairi berkata kegiatan itu diadakan di dalam bilik yang diubah suai dan dikawal menggunakan kata laluan khusus untuk pemain judi sahaja.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 135(c) Akta Kastam.


0 comments:

share2