Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 26, 2016

MUFTI LAHIR KEKESALAN


Mufti lahir kekesalan


Ipoh - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengeluarkan arahan agar program-program yang melibatkan pertemuan antara sultan dan rakyat dihentikan.

Harussani berkata, arahan itu tidak sewajarnya dikeluarkan kerana ia jelas menghalang usaha untuk menjadikan rakyat berada dekat dengan sultan.

Justeru menurutnya, ada dalam kalangan generasi muda hari ini yang tidak mengetahui atau mengenali sultan mahupun Yang Dipertuan Agong.

“Sebelum merdeka, institusi raja di negeri ini dalam keadaan baik, tetapi selepas merdeka ramai yang dah tak kenal siapa sultan. Siapa raja.

“Sultan ada datang berjumpa saya dan bertanya bagaimana untuk dekat dengan rakyat, saya kata mari kita solat Jumaat. Alhamdulillah, selepas solat, rakyat dapat bertemu dengan sultan. 

“Tetapi lawatan-lawatan itu ada yang dibatalkan kerana kononnya banyak wang habis kerana raja selalu menegur masjid yang kita pergi itu kotor atau masjid itu tak bercat. Kerana takut wang tidak ada maka dihentikanlah,” katanya lagi.

Harussani berkata demikian ketika berucap sempena Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Casuarina @ Meru, semalam.

Dalam pada itu, Harussani berkata, biarlah dirinya menjadi individu yang mempertahankan institusi Diraja.

“Biarlah patik menjadi perisai kepada orang yang menentang atau menderhaka kepada raja,” katanya lagi.


0 comments:

share2