Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 7, 2016

LELAKI MILIKI 1,497 KAD KREDIT


Lelaki miliki 1,497 kad kredit


California - Seorang lelaki memiliki 1,497 kad kredit sekaligus tersenarai dalam Guinness World Record sebagai pemegang kad kredit paling banyak di dunia.

Walter Cavanagh, 73 dari Santa Clara mula mengumpul kad kredit sejak tahun 1960an selepas dicabar rakannya.

Menurut Walter, dia mula menyimpan kad kredit ketika dia dan rakannya telah membuat taruhan jika sesiapa di antara mereka memiliki jumlah kad terbanyak pada penghujung tahun akan menerima hadiah berupa makan malam percuma.

"Saya memenangi pertaruhan itu dengan mengumpul 143 kad manakala rakan mengumpul 138 kad," katanya dipetik MailOnline.

Selain itu, Walter turut mempunyai dompet besar seberat 17 kilogram dan berketinggian 250 kaki dengan ruangan yang boleh memuatkan 800 kad.

Dia bagaimanapun tidak membawa semua kadnya sebaliknya menyimpannya di dalam peti simpanan keselamatan.

Jumlah kredit yang terkumpul oleh Walter ialah sebanyak £1.1juta (RM7.1juta) dan dia mempunyai rekod pembayaran bersih kerana hanya menggunakan satu kad pada setiap bulan.

Tambah Walter lagi, permohonan kad kredit olehnya hanya ditolak sekali sahaja iaitu pada tahun 1970an atas alasan dia memilik terlalu banyak kredit.

Guinness World Record turut menamakan Walter sebagai "Mr Plastic Fantastics"


0 comments:

share2